Monday, January 2, 2012

Father, i love you :')


Abah, 1.1.2012 abah pergi tinggalkan diba. Diba tahu sebelum abah meninggal, abah sangat rindukan diba, abah nak sangat jumpa diba , tapi malang. Hasrat tak tercapai :'( Abah, diba minta maaf, diba rindu abah, dah 4 tahun kan kita tak jumpa sejak abah bercerai dengan mama ? Diba ingat nak jumpa abah lepas exam PMR , diba nak melawat abah dekat pusat jagaan dekat Ipoh tu, Diba tunggu sampai Paklong Zul bagitau kata nak melawat abah, so boleh la diba tumpang Paklong untuk pi melawat abah. Tapi tak sangka . 1.1.2012 , abah pergi tanpa bagi peluang dekat diba, untuk cium abah , peluk dan minta maaf dengan abah. Takpelah, Allah lebih sayangkan abah. Semoga abah tenang disana. Diba selalu doakan abah .

Aku taktahu nak luah dekat siapa , aku online bukannya sebab aku seronok atau nak minta simpati orang bila abah aku meninggal , aku cuma nak luah isi hati aku , same as twitter also blog . Aku rindu sangat sangat dekat abah aku , tak sangka dia akan pergi dulu . Takpelah , maybe itu yang terbaik untuk dia, Allah sudah merancang segala galanya . Tapi macam mana dia di sana? Adakah baik? Adakah tenang ? Adakah bahagia? Aku taktahu. Aku cuma mampu berdoa , supaya roh abah tenang di sana dam yang paling penting aku akan berdoa supaya Allah dan para malaikat takkan seksa abah disana . Abah, i love you , thanks for take care of me sejak diba kecil , diba janji takkan nakal nakal lagi dah , diba janji akan sentiasa doakan abah . Abah, sorry sebab tak melawat abah , diba sayang abah sangat , diba taknak kehilangan abah, tapi nak buat macam mana kan , masa abah dah sampai :'(

Aku tahu kalau aku menangis pun , bukannya boleh buat abah aku hidup balik pun kan? So i try to stop crying , but i can't. Sedih sangat , sebab tak dapat jumpa my father , tak sempat . Kadang kadang aku rasa aku ni macam anak yang tak guna pun ada . Aku tahu kalau aku menangis , takut roh abah terseksa pulak dekat sana , tak tenang pulak . So aku memang try nak kurangkan sedih . But i FAILED , aku selalu teringat kenangan aku dengan abah aku masa aku kecil-kecil . Hmm, entah lah . Maybe sebab baru lagi kejadian ni , so susah for me untuk kurangkan rasa sedih ni .

Kenangan aku dengan abah aku ."Abah, abah adalah bapa yang terbaik didunia ni :') " 

So now, aku dah jadi anak yatim . And aku taknak jadi anak yatim piatu , aku ni dah la anak tunggal , aku dah kehilangan bapak kandung aku , so aku taknak kehilangan mama aku dah , cukuplah atas kehilangan orang yang aku sayang sebelum ni . Mama Azian (maksu) , Pakcik Azmil and Abah .

Nasib baik tahun 2012 ni aku baru form 4 . Kalau aku form 5 , aku taktahu lah SPM tu aku boleh focus atau tak . Hmm, aku sendiri berharap dekat diri aku supaya tabah hadapi semua ni . But aku tak kuat . Aku terlalu rindukan abah aku :'( Semoga roh abah bahagia dan tenang di sana, Aminn. Abah , nanti kita jumpa dekat JANNAH(SYURGA) K ? LOVE YOU <3

AL - FATIHAH

p/s: aku post dekat blog ni pun , aku tahu yang abah aku bukannya boleh baca blog aku ni. and aku bukannya nak minta simpati or what . But aku cuma nak luah kan isi hati aku. Harap korang faham , terima kasih :')

5 comments:

Mizz_Myra said...

be strong dear.. akk yg kehilangan kekasih menangis setiaphari, akk tau adkmesti lg sedih..

Didinana said...

:')

gadisbibirseksi said...

astrafirullah,
semoga ayah awak ditempatkan di tempat oe=rang2 yang baik :)
amin ..

anak haji zaini said...

sabar yaa , even tak pernah kenal adk tapi bila baca entry ni . i know u are a strong girl :)

Didinana said...

Thanks :')