Thursday, December 20, 2012

Hello Pesta pulau pinang 2012!

Assalammualaikum and hi!!
Semalam 19/12/2012 dari Kulim -> Penang -> Bukit Bendera -> Pesta Pulau Pinang

Actually aku tumpang syahirah dengan taktahu malu sebab dia ajak.

Kitaorang bertolak about dalam pukul 11 pagi kot ke Penang . Sampai ke Bukit bendera , naik tren. Then bajet macam naik roller coaster sebab dapat duduk depan. Kahkahkah.Pastu merayau kat bukit bendera then lapar








 *see? Baju sama warna lagi -.-

 Bila lapar, singgah makan di.. apakejenama ntah tempah ni tapi dekat atas Bukit Bendera la. Memang kat atas tu makanan apa semua mahal mahal. Tapi nak buat macam mana, dah kebuloq gila dah ni tambah tambah dengan aku ni perut tong. muahahahhaa!


*kebuloq*




Koeytiow Tomyam 7hinggit. Koeytiow kungfu 6hinggit. Teh o ais limau 2 hinggit 50 sen.
Koeytiow kungfu dia sedap.Tpi Koeytiow tomyam dia boleh la... Asalkan kenyang :p


Then pukul 4.30 camtu bertolak pi pesta pulau pinang. Kitaorang sampai dalam pkul 6. Masuk kena bayar 3 hinggit lepas tu jalan punya jalan kedai punya la banyak. Then baru jumpa tempat yang nak main game segala roller punya coaster.  Punya la excited sampai awal. Pesta pun tak start lagi. Dia start pukul 7malam. Then dengan semangat excited kitaorang pi beli tokun punya awal sebab takut nanti nak kena beratur bagai. So malas and lebih baik beli siap siap . Aku beli 13 tokun , so total 26 ringgit. Memang perabis duit aku kenn. Hm kalau mak aku ada sekali mesti mak aku cakap "beli makanan lagi bagus, kenyang pun kenyang" haha k.



Then bila dah start game tu (dah masuk pukul 7) Kitaorang tunggu la bagi ramai orang sikit naik game baru best ramai ramai. Tak takut sangat lagi pun kalau jerit takdak la nak malu sangat. Tapi hampeh takdak sapa nak naik game yang adventure . But most of them nak naik Euro Wheel je. Bila nak masuk pukul 8 dan keatas baru orang jadi makin ramai. Then first game kitaorang naik Ex coaster. Tu best jugak la. Dia jenis macamm cawan pastu laju then berpusing pusing. Tapi yang paling aku benci time part selekoh. Macam nak terkeluaq dari landasan tu ja. Then, naik Sky rider. Sky Rider ni yang macam buaian yang pusing pusing laju tuh. Lebih laju dari dekat Genting kot. Pehh. Lepas naik tu aku jalan melelong rasa pening apa semua cukup. Tapi tak teruk sangat la, sikit sikit je sebab aku jerit. Aku jenis kena jerit kalau tak jerit memang comfirm muntah. Wakakakaka. Then tunggu dirini stabil sikit, pi cabar diri sendiri naik challenger. Mak aiii rasa macam nak mati naik benda ni kecut perut pun ada . Mula mula memang rasa rilek je, then bila time part dia nak melambong tinggi tu, Ya Allah ai, Allah ja yang tau macam mana diri aku time tu. Sampai rasa menyesal naik and berdoa supaya aku pengsan so aku tak rasa bertapa 'maut' nya naik benda tu. Then bila dah habis. Perghhhh lega bak ang. Then jalan pi kat kereta nak balik. Tu pun dah melelong tunggu masa nak muntah even time naik tadi aku menjerit smapai tak larat nak jerit. Tapi nasib baik tak muntah. "Challenger" memang Challenger betul. Aku cabar korang naik Challenger bila pi Pesta Penang :p



2 comments:

aina izati said...

Wahh,g jenjalan :D
Banyak nya beli tokun tu wehh. Haha.! :D
Nasib baik naik game Challenger tu last sekali. Kalau dak mesti balik awai terus apa. Haha.! :-D

AdibaShariza said...

Haha, tau takpa. Naik challenger tu pun sebab nak perabih tokun. Hahaha